SaHabAt UnTuK SeLAmAnYa...
Monday, 22 October 2012
Saturday, 20 October 2012
PERSAHABATAN
Adab-Adab Dalam Bersahabat
Terdapat hadis yang diriwayatkan daripada Rasulullah SAW yang bermaksud :
“Seseorang itu atas agama (perjalanan)
rakannya, maka hendaklah diperhatikan
siapa yang harus dipilih sebagai teman/rakan”.
Ayat ini menegah kita bersahabat dengan orang yang fasiq yang sentiasa melanggar perintah Allah walaupun adakalanya dia melakukan amal ibadat. Al-Qamah iaitu seorang ulama’ masyhur dahulu kala memberikan beberapa panduan kepada anaknya dalam memilih sahabat antaranya :
1) Jika engkau meminta sesuatu bantuan darinya, dia akan membantu mengusahakan pertolongan itu sedaya upayanya.
2) Jika dia mendapat sesuatu kebajikan daripadamu, dia akan menghargainya.
3) Jika engkau membuat bakti kepadanya pasti dia akan melindungimu.
4) Jika engkau berdua berselisih faham, dia akan mengalah untuk menjaga ikatan persahabatan itu.
Sayidina Ali k.m.h pernah berkata : ” Saudaramu yang sebenar ialah orang yang sentiasa berada disisimu (ketika susah dan senang). Dia sanggup membahayakan dirinya demi kebaikanmu, sanggup berkorban apa sahaja untuk kepentinganmu”.
Sememangnya Allah SWT menegaskan betapa pentingnya dijalinkan hubungan persahabatan dengan orang-orang yang beriman, bertakwa dan berakhlak mulia yang dapat bersama-sama menegakkan kalimah Allah di muka bumi ini, menyuruh manusia kepada perkara-perkara kebaikan dan melarang mereka daripada berbuat kemungkaran.
Subscribe to:
Posts (Atom)